Pengertian Keyakinan
Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Jenis-Jenis Keyakinan
- Keyakinan diri terhadap Tuhan dan keesaanNya
- Keyakinan terhadap diri sendiri
- Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
- Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri
- Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup atau hala tuju yang tidak menentu / tidak jelas
- Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
- Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
- Kurang kemahiran dan persediaan
- Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
- Kemiskinan akibat kurangnya idea serta Sains Kejayaan Hidup
- Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas
Keajaiban Keyakinan DiriKurang senyum Risau dan kelihatan risau Gugup dan kelihatan gugup Kurang berinteraksi Malas bekerja atau berusaha Cincai dan kelihatan selekeh Suka meminta-minta Mudah putus asa Suka gossip dan mengumpat Defensif dan cepat marah Mudah atau suka berbohong
Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.
Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan dan kemelut itu!
Inilah bukti KEAJAIBAN keyakinan diri!