Artikel ini menjelaskan pengertian, definisi dan takrifan motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami.
1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan
Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa:
1. Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.
2. Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan.
Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan. Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.
Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa:
2. Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan.
(Definisi kedua saya di atas ada kesamaan sedikit dengan definisi pertama).
3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan
Oleh itu, bolehlah juga kita buat kesimpulan di sini bahawa:
3. Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat.
Untuk menjelaskan maksud ini, saya ingin ambil kisah berikut:
Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan berbuat demikian.
Itulah sebab makanya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan (undang-undang) yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih."
Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa:
4. Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini.
5. Motivasi Sebagai Pemangkin Keberanian
Untuk menjelaskan maksud ini, izinkan saya menceritakan sedikit pengalaman saya semasa kanak-kanak dahulu.
Semasa saya baru berusia kira-kira 10 tahun, saya amat takut berada di tempat gela. Tidak berani sebab takut akan "terjumpa hantu". Amalan di kampung saya terutamanya pada tahun-tahun 60an dan 70an ialah apabila seseorang ahli keluarga meninggal dunia, pada rumah orang yang meninggal dunia itu hendaklah ada orang yang tidak tidur atau berjaga sampai pagi, selama tujuh hari. Amalan ini dipanggil "modtudau".
Suatu hari, ada kematian di kampung saya. Masa itu, banyak cerita tentang "hantu bangkit" di tempat kelahiran saya (Kundasang, Ranau, Sabah - Kini Kundasang adalah sebuah pusat peranginan yang terkenal di rantau ini). Kerana minat "modtudau", saya tidak melepaskan peluang untuk "modtudau" bersama.
Rumah kami jauhnya lebih kurang 500 meter dari rumah jiran kami yang ada kematian. Saya pergi ke rumah jiran kami itu dengan seorang saudara pada petangnya. Apabila semakin malam, tiba-tiba saya rasa nak balik rumah sangat. Waktu itu bekalan elektrik belum ada. Kerana takut terjumpa hantu nanti maka saya telah cuba mencari jika ada sesiapa yang nak balik rumah mereka agar saya dapat tumpang / ditemani pulang, tetapi, nampaknya tak ada seorangpun yang nak balik. | |
Oleh kerana rasa tak selesa tidur di rumah orang lain, dan takut pula dimarahi ibu bapa, saya terus memberanikan diri balik seorang diri. Mula-mula jalan, OK - (takut juga tetapi masih terkawal). Sampai di pertengahan jalan, tiba-tiba saya terasa macam ada sesuatu di sebelah kiri saya - seperti lembaga hitam besar.
Apa yang boleh saya rumuskan di sini berasaskan pengalaman saya itu ialah; apabila kita betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan menjadi perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; keberanian, kerajinan dan ketekunan akan timbul.
Oleh itu, bolehlah kita simpulkan atau definisikan di sini bahawa:
5. Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi.
(Definisi kelima ini pula ada kesamaan sedikit dengan definisi keempat).
Kritikan Terhadap Pendapat Tentang Motivasi
Ramai ahli psikologi yang menyatakan bahawa, apabila sesuatu matlamat sudah tercapai, ianya tidaklah berfungsi lagi sebagai pemotivasi. Ini kerana, bila yang diinginkan sudah tercapai, ia akan berpuas hati dan tidak lagi menjadi perangsang kepadanya; ianya tidak lagi menjadi sesuatu yang mendorong atau memotivasikan dirinya untuk terus berusaha mendapatkannya. | |
Saya agak kurang bersetuju dengan pendapat atau konotasi ini. Sesuatu yang dahulunya menjadi pemotivasi - sebelum kita miliki, sebenarnya masih berperanan sebagai pemotivasi. Misalnya, seorang yang sangat kepingin memiliki suatu kereta (mobil) idaman; cita-cita tercapai; walaupun membelinya secara ansuran, apakah apabila dengan sudah memiliki kereta idaman, kereta idaman itu tidak lagi menjadi salah satu pemotivasinya? Pada hemat saya, ia masih tetap sebagai pemotivasi tetapi dalam bentuk lain yakni; misalnya, motivasi untuk memastikan kereta idamannya itu tetap bersamanya atau terus dimilikinya dengan membuat bayaran ansuran bulanannya secara konsisten.
Jadi, pendapat yang mengatakan "a satisfied need doesn't motivate", boleh dipertikaikan. A satisfied need, in actuality still has its motivational functions. Themotivational functions shall be: to nurture and sustain what is or are being possessed or hold so long as they are needed.
Semoga definisi-definisi motivasi yang dipaparkan di atas itu dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam usaha anda memahami dengan lebih mudah makna atau erti perkataan motivasi.